Thursday, March 17, 2011

DIY: Cara Mudah Membuka Penutup Botol Yang Ketat


Pernahkah anda menghadapi masalah membuka penutup botol yang ketat?  Tidak kiralah sama ada penutup botol sos, botol jem, balang kuih atau sebagainya.  Kalau pernah apakah yang anda pernah lakukan untuk menyelesaikan masalah itu?  Mungkin ada di kalangan kita yang mempraktikkan beberapa cara atau kaedah seperti mencelup penutup botol ke dalam air panas, atau merendam botol ke dalam air sejuk, menyepit penutup pada ragum dan berbagai-bagai lagi yang mungkin menggunakan banyak tenaga, masa atau kos.

Namun cara yang paling mudah adalah seperti ini;

1. Ketuk keliling penutup botol menggunakan sudu dengan kekuatan sederhana.
2. Buka dengan tangan seperti biasa

Selesai, cubalah.

6 comments:

  1. dh try, x jd ponnn

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas cara yang bernas itu...:)

    ReplyDelete
  3. Saya baru saja cuba tadi.. Letak air panas dalam cawan @ mangkuk, terbalikkan botol tu dan rendam botol dalam keadaan terbalik dalam cawan @ mangkuk tersebut.. Rendam dalam 10 saat sahaja.. Keluarkan botol dan buka seperti biasa.. Penutup botol jadi mudah untuk dibuka :) Selamat mencuba!

    ReplyDelete
  4. rendam dlm air.. mmg berjaya..

    ReplyDelete
  5. dah cube keuda-dua cara still cannot open

    ReplyDelete
  6. dah try dah...boleh dah...thanks :)

    ReplyDelete