Tuesday, August 10, 2010

ARTIKEL PENDIDIKAN: Pengurusan Kewangan Sekolah Mengikut Maksud Perbelanjaan





Setiap sekolah harus mentadbir urus kewangan dengan baik supaya tidak menerima audit berteguran atau audit bersyarat.  Setiap perolehan atau perbelanjaan harus menepati 'maksud perbelanjaan' iaitu dalam ertikata lain setiap duit harus dibelanja menggunakan peruntukkan yang betul bagi perbelanjaan yang betul dan sesuai.

MAKSUD PERBELANJAAN BAGI JENIS BANTUAN PER KAPITA (PER CAPITA GRANT-PCG) BAGI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN

 PCG MATA PELAJARAN

TERAS – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kajian Tempatan.
WAJIB – Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Muzik.

1.      -  Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
2.     -   Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, CD dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan P&P.
3.      -  Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan P&P.
4.      -  Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba, mural dan lain-lain yang boleh memberi       pengukuhan kepada program P&P.
5.      -  Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
6.      -  Perolehan harta modal.

PCG PRA SEKOLAH

1.       - Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan P&P.
2.       - Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan P&P.
3.      -  Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, CD dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan P&P.
4.      -  Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
5.      -  Perolehan harta modal.

PCG BUKAN MATA PELAJARAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH – Perpustakaan dan Pusat Sumber Pendidikan

1.      -  Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan P&P.
2.      -  Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, CD dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan P&P.
3.      -  Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan P&P.
4.      -  Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
5.       - Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
6.     -   Perolehan harta modal.


BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.    -    Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, CD dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan P&P.
2.    -    Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses P&P sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
3.    -    Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan P&P.
4.    -    Bayaran Perkhidmatan penceramah luar mengikut kelayakan dalam peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa
5.   -     Bayaran sewaan yang berkaitan dengan program bimbingan dan kaunseling.
6.      -  Perolehan harta modal.

LAIN-LAIN PERBELANJAAN BERULANG TAHUN (LPBT) DAN LAIN-LAIN PERBELANJAAN KHAS (LPK)

1.    -    Bayaran bil telefon, air, elektrik, telegram,setem, internet, dan pembentungan.
2.    -    Pembaikan kecil sekolah.
3.     -  Penyelenggaraan perabot dan peralatan pejabat termasuk komputer.
4.    -   Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan P&P.
5.    -   Perkhidmatan pengiklanan.
6.   -   Pengangkutan barang-barang.
7.   -   Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat.
8.   -   Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi.
9.   -   Perolehan harta modal bawah RM10 000.  Lebih RM10 000 perlu mendapat kelulusan Ketua PTJ manakala perolehan komputer perlu mendapat kelulusan Pengarah Pelajaran Negeri.
10-   Bayaran yuran kursus untuk guru-guru dan kakitangan sekolah.
11-  Perbelanjaan untuk keceriaan / kesihatan murid / keselamatan sekolah.
12-  Bayaran balik bagi urusan kecemasan oleh guru / kakiangan sekolah berdasarkan kelayakan tambang teksi.
13-  Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk murid-murid dan guru pengiring.