Kini kita dapat lihat restoran masakan ala Thai tumbuh bagai cendawan selepas hujan dan ia merupakan satu fenomena yang ada pro dan kontranya. Hari ini saya akan kongsikan sesuatu yang istimewa kepada mereka yang melawat laman blog ini. Ini adalah resipi rahsia yang digunakan di restoran makanan ala Thai yang seringkali menggugat restoran tempatan. Jika anda adalah seorang peniaga, hari ini saya akan berikan resipi ini secara percuma kepada anda semoga selepas ini restoran anda bertambah maju. Jika anda seorang suri rumah, buatkan tom yam menggunakan resipi ini dan hidangkan kepada suami anda semoga kasih sayang dia bertambah.
Tips 1- Agar resipi ini menjadi iaitu jangan cuba mengurangkan bahan-bahan yang dicadangkan kerana di dalamnya ada bahan rahsia yang dimaksudkan. Kalau dah menjadi barulah anda boleh ubahsuai mengikut kemahuan anda.
Tips 2- Bagi tujuan hidangan, kacau (godak) dengan sempurna sebelum mencedok tomyam kerana tom yam adalah masakan yang mudah mendap.
Tips 3- Rasa tom yam akan lebih pedas jika semakin lama dibiarkan lada di dalam periuk. Jadi anda boleh keluarkan sebahagian lada apabila sudah cukup pedasnya jika mahu.
Jumlah Air untuk sukatan resipi ini ialah 275 ml. (awas jangan terlalu lebih atau kurang kerana ia akan mengubah rasa) Lebih kurang satu botol air 150 ml dan satu botol 125 ml.
Panaskan air separuh mendidih kemudian...
Masukkan semua bahan bersama-sama kecuali udang dimasukkan kemudian.
Kalau tak menjadi maknanya adalah sesuatu yang anda tidak patuhi.
| BAHAN-BAHAN | JUMLAH | KAEDAH | CATATAN | |
| Bahan Utama | ||||
| Bawang putih | 7 ulas | Diketuk | ||
| Lengkuas | 2 ibu jari | Dihiris | Lengkuas menjadi bahan yang menyahbau kepada makanan laut dan memberi rasa segar yang berpanjangan. | |
| Serai | 6 batang (besar) Jika kecil guna 7-8 batang | Diketuk | Serai adalah bahan utama yang wajib. Jangan kurangkan serai kerana ia merupakan bahan yang menyegarkan tomyam terutama apabila makanan laut digunakan. | |
| Halia | ½ Ibu jari | Dihiris | ||
| Bawang kuning (bawang Holland) | 2 biji | Dipotong bulat | Gunakan hanya bawang kuning dan ia memberi rasa manis serta tidak memberi bau walaupun diletak pada jumlah yang banyak. | |
| Limau Nipis | 5 – 6 biji | Dipotong melintang | Gunakan limau nipis asli (bukan jus / perisa) Kemasaman tomyam terletak 100% kepada bahan ini. Jika limau nipis terlalu masak ia akan menjadi sedikit manis dan jika terlalu muda ia akan keras dan sukar diperah. | |
| Paste Tom Yam | 114 gram (masukkan semua sebotol) jangan masuk dengan botol sudah. | | Guna Paste Tomyam Thailand (biasanya bekas bewarna ungu). Ada cap burung. Jika nak beli paste Thai yang dalam tin putih pun boleh. Maggi atau Knorr langsung tidak digalakkan. | |
| Daun Limau Purut | 4 helai (jika besar) 5 helai (jika kecil) +/- ikut citarasa | Disiat dan diramas sedikit | Gunakan daun tua untuk memberi bau dan aroma yang lebih kuat. | |
| Daun Ketumbar beserta akarnya sekali | 4 cabang | Dihiris sederhana panjang | Akar daun ketumbar jangan dibuang untuk memberi aroma herba yang kuat kepada tomyam. | |
| Cili Siam Panjang | Segenggam | Diketuk | Gunakan hanya cili siam panjang. Cili siam kecil (hybrid) atau cili kampong tidak sesuai untuk tomyam kerana akan memberi rasa pedas yang pijar. Rasa pedas semakin bertambah jika tomyam dibiarkan lama. Jika perlu keluarkan sebahagian setelah satu jam. | |
| Sayur-sayuran Tambahan | ||||
| Lobak Merah | 1 ½ biji | Dihiris bulat | ||
| Putik Jagung | 8 – 10 tongkol | Dihiris bulat atau panjang | ||
| Bunga Kobis | ½ labu | Dihiris (saiz sederhana) | ||
| Cendawan | 1 Paket | disiat (saiz terpulang kepada citarasa) | Cendawan tiram akan menambah rasa lemak pada kuah tom yam (sama seperti ayam) | |
| Bahan Pilihan | ||||
| Ayam | 5 / 12 | Ayam yang direbus ketika memasak tomyam akan membangkitkan perisa manis dan lemak yang asli. Oleh itu jangan rebus dahulu ayam tersebut | ||
| Udang | 30 ekor (bersaiz sederhana) | Rebus udang berasingan dan masukkan kemudian jika anda tidak gemar aroma udang mengganggu rasa tomyam. Walaubagaimana pun air rebusan udang sebenarnya menyumbang kepada rasa manis dan aroma seafood. Oleh itu udang segar perlu digunakan. | ||
| Sotong | 7 ekor | dipotong | ||
| Gula | 3 – 4 sudu besar | Tomyam citarasa pantai timur biasanya menggunakan 4 – 5 sudu agar lebih manis. | ||
| Garam | 2 sudu besar | Ubah suai sukatan mengikut citarasa tetapi jangan lebih 3 sudu kerana akan memberi rasa masin yang keterlaluan | ||
| Ajinomoto / serbuk perasa | 3 sudu kecil | Memberi lebih rasa lemak dan menguatkan rasa paste tom yam (untuk berniaga biasanya mereka letak lebih) | ||
| Sos Tiram | 5 sudu besar | Memberi lebih rasa lemak dan aroma sea food yang lembut | ||
| Sos Ikan (biasanya cap ikan atau cap sotong) | 6 sudu besar | | Memberi lebih rasa masin dan lemak serta aroma seafood | |

Ini benar2 resipi tom yam siam original, sebab saya memang tahu sikit rahsia bahan2 ni, asal golok gak..thank you
ReplyDeleteSalam...resepi hidangan tomyam ni agak22 blh makan brp org? Mcm byk jer..hehe.tp br jer sy baca...dh rasa terliur dah
ReplyDelete