Friday, May 21, 2010

SANTAI-SANTAI: Kisah Si Gunting Rambut Pembunuh

Cerita berikut adalah petikan daripada internet dan bertujuan untuk hiburan semata-mata.  Kesahihannya tidak diketahui dan bergantung kepada kebijaksanaan pembaca untuk menilainya.



Gambar mangsa diambil sebagai kenang-kenangan

   Pada awal kurun ke-19, ada sebuah kedai gunting rambut. Kedai ini dimiliki oleh seorang lelaki. Setiap si tukang gunting ini akan duduk di hadapan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Mahu potong kepala?". Kebanyakkan yang terdengar hanya akan tersenyum. Sesiapa yang menjawab "Taklah, saya nak potong rambut" akan terselamat.



    Tetapi bagi mereka yang menjawab "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut bergurau akan menerima nasib malang. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut dari jatuh di atas baju, si tukang gunting akan menyuntik ubat Anesthesia (bius) secara rahsia kepada mangsa. Ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lumpuh dan tidak merasa sebarang kesakitan.

   Tukang gunting akan perlahan-lahan menghiris bahagian atas kepala mangsa hingga menampakkan otak. Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak akan merasa apa-apa. Mangsa tidak boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu.  Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting rambut mengoyakkan lapisan kulit kepalanya dengan perlahan-lahan dan ia kedengaran seperti mengoyak kain.



    Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur-ansur hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. Pada saat itu tukang gunting akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat.


dipetik darpada laman blog: gambarhantu.blogspot.com


No comments:

Post a Comment