Sunday, April 18, 2010

BICARA UMUM: Protokol Pemasangan Bendera

Perkataan 'bendera' berasal dari bahasa Portugis 'bandeira', ialah sepotong kain yang dipakai sebagai wahana untuk menggambarkan simbol sebuah negara ataupun entiti lain. Bendera awal digunakan dalam penyelarasan tentera di medan tempur, namun kini lebih berfungsi sebagai alat pengisyaratan dan pengenalan. Bendera merupakan lambang kedaulatan sesebuah negara dan perlu dipelihara serta dihormati. Sebagai tanda menghormati bendera, protokol berkaitan pemasangan bendera dibuat dan dilaksanakan secara seragam di semua negara-negara berdaulat. Berikut sebahagian contoh protokol pemasangan bendera.


Rajah 1: Susunan Bendera Di Luar Bangunan

Susunan di gedung, kedai dan rumah. Bila bendera Malaysia dipasangkan di rumah, maka ia hendaklah dikibarkan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalanraya. Di deretan gudang/kedai pula, jika dua bendera dipasangkan di dalam Wilayah Persekutuan, maka bendera Malaysia mestilah dikibarkan di sebelah kiri dan bendera yang lagi satu sebelah kanan pada tiang yang dicondongkan ke arah jalan raya.
Rajah 2: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera

Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat negeri di negeri, maka susunannya ialah seperti Rajah 2.
Rajah 3: Susunan Bagi Dua Tiang Bendera
Susunan Pada Hari-Hari Kebesaran Negeri, jika hanya dua bendera dikibarkan pada majlis peringkat negeri di negeri yang berkenaan, maka susunannya adalah seperti rajah 3.
Rajah 4: Susunan Bagi Tiga Tiang Bendera
Jika tiga bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti rajah 4.
Rajah 5: Susunan Bagi Dua Tiang Bendera

Biasa dan Hari-Hari Kebesaran PersekutuanJika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti rajah 5.


Renung-Renungkan:  Betapa kita memuliakan sehelai bendera dengan penuh protokol sebagai lambang kedaulatan negara namun Allah memuliakan manusia sebagai khalifah lebih dari segala makhluk lain di muka bumi ini.